Penduduk Felcra Sg. Ara Terus Menerima Manfaat Dan Tidak Di Pinggirkan

KOTA TINGGI, 25 May –Naib Presiden UMNO merangkap Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin, Hari ini turun padang dan beramah mesra bersama penduduk Felcra Sg. Ara di Dewan Masyarakat Sg. Ara dalalm Majlis Penyerahan Sumbangan kepada 50 penerima golongan memerlukan di sini. Beliau berkata majlis ini bukan semata-mata bagi menyampaikan bantuan, tetapi yang lebih penting lagi adalah untuk menyantuni, mengeratkan hubungan silaturahim serta memahami keadaan yang dialami oleh masyarakat setempat sebentar tadi.