Ahmad Zahid Ajak Orang Ramai Sertai Hari TVET Negara Di MITC Pada 11-13 Jun

KUALA LUMPUR, 23 Mei – Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengajak orang ramai menyertai Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Negara 2025 selama tiga hari di Melaka bermula 11 Jun ini.

Menerusi hantaran di Facebook, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Majlis TVET Negara berkata sambutan bertemakan “TVET Pilihan Utama Kerjaya” diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) dari 8 pagi hingga 8 malam itu menjanjikan pelbagai aktiviti menarik kepada pengunjung.

“Jom bawa keluarga dan rakan-rakan untuk rasai sendiri pengalaman bersama TVET dan terokai peluang kerjaya dari seluruh ekosistem TVET Malaysia. Jangan lepaskan peluang, jumpa anda di sana,” katanya.

Kerajaan mengisytiharkan 2 Jun sebagai Hari TVET negara untuk menghargai sumbangan serta kejayaan bidang itu dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara. – BERNAMA

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79