Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan Dan Kebudayaan

PUTRAJAYA 22 Mei–Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pelancongan dan Kebudayaan (JKPK) Bil. 1/2025 yang membincangkan hala tuju strategik bagi memperkukuh sektor pelancongan dan kebudayaan sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi negara.
Mesyuarat kali ini menekankan pendekatan Whole-of-Government, iaitu kerjasama erat antara pelbagai Kementerian dan agensi dalam merangka pelan tindakan bersepadu. Tumpuan utama diberikan kepada persiapan rapi bagi Tahun Melawat Malaysia 2026 (VM2026), termasuk penyelarasan pelbagai program berimpak tinggi.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79