Kunjungan Hormat Timbalan Menteri Pertahanan Nasional Turkiye

LANGKAWI 22 Mei–Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menerima kunjungan hormat Timbalan Menteri Pertahanan Nasional Turkiye Tuan Yang Terutama Bilal Durdali di Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC) sempena LIMA 2025.
Pertemuan ini memberi ruang untuk membincangkan potensi kerjasama strategik dalam bidang industri pertahanan serta memperkukuh penglibatan dua hala sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA ’25).

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79