Suhaimi Terus Politik Khidmat, Turun Padang Santuni Rakyat
KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini meneruskan politik khidmat bakti beliau kepada rakyat di kawasan ini.
Terbaharu beliau berbesar hati ke Hospital Rembau menyantuni mereka yang berhadapan ujian kesihatan.
Suhaimi memanfaatkan masa tersebut dengan bertanya perkembangan terkini di samping mendoakan mereka diberikan kesembuhan serta ketabahan.
“Saya bersama isteri di Hospital Rembau melawat kenalan-kenalan yang sedang diuji kesihatan mereka.
“Ya Allah, Tuhan bagi manusia, hilangkanlah kesakitan ini. Sembuhkanlah, Engkaulah satu-satunya penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan dari-Mu, kesembuhan yang tidak meninggalkan sakit sedikit pun.”
“Semoga dipermudahkan segala urusan kita semua… insya-Allah,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.
Terdahulu menerusi hantaran berbeza beliau menyertai sembang santai pagi bersama ahli Kariah Lubuk China dan sekitar.
Melalui pertemuan tersebut pelbagai perkara disentuh membabitkan isu-isu tempatan di kawasan.
Dianjurkan Pejabat Penerangan Daerah Rembau bersama komuniti Madani dan jabatan-jabatan serta agensi terlibat, ia turut dihadiri ketua kampung dan pengerusi masjid. – UMNO Online