Janji Ditepati, Mohd Youzaimi Santuni Orang Mersing

KUALA LUMPUR, 21 Mei – Ketua UMNO Bahagian Mersing, Mohd Youzaimi Yusof berbesar hati menyantuni penduduk di kawasan melalui ziarah kasih yang dilakukan beliau.

Terbaharu, beliau menerusi perkongsian di Facebook melakukan kunjungan ke rumah seorang nenek yang berusia 94 tahun.

“Semasa menyantuni Mak Ngah (isteri kepada arwah imam Mahmood) beliau ada memohon untuk sebuah katil untuk kegunaannya.

“Pihak Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ) telah bersetuju untuk menginfaqkan sebuah katil ini untuk kegunaannya kemudiannya pada sebelah petangnya saya dibantu oleh Sukarelawan JPKD Endau dan UMNO Bahagian Mersing telah dapat menguruskannya sehingga selesai.

“Semoga kita semua mendapat keberkatan daripadanya. Insya-Allah,” katanya.

Mohd Youzaimi dalam pada itu turut sama berkesempatan hadir pada Penyampaian Bantuan Lembu Pedaging dan Pasung bagi Tahun 2025 kepada penerima bantuan daripada Kampung Belukar Juling.

Bantuan tersebut adalah tiga ekor lembu betina, seekor lembu pejantan dan set pasung.

Beliau juga merakamkan penghargaan kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Exco Pertanian, Industri Asas Tani dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor, Datuk Zahari Sarip

Sementara itu menerusi perkongsian terdahulu beliau berkongsi kunjungannya ke Kampung Air Merah bersama Ketua Kampung Air Merah, Muftahuddin Muftahuddin Fakeh bagi menyantuni sahabatnya, Mohd Nazri Uman.

Pada kunjungan tersebut, beliau memanfaatkannya dengan bertanya perkembangan terkini.

“Nazri ini umurnya 50 tahun sudah dua tahun kena strok. Alhamdulillah, nampak pada hari ini, beransur pulih. Nazri ini kuat semangatnya dan seorang yang sangat berusaha untuk pulih dan saya amat yakin, beliau akan pulih seperti biasa,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79