Menyaksikan Pemeteraian Memorandum Perjanjian

LANGKAWI, 20 Mei — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara Universiti Kuala Lumpur Institute of Aviation (UniKL MIAT) dan Gading Aerospace.
Perjanjian itu diwakili oleh Presiden UniKL, Prof Ir Dr Azman Senin, dan Ketua Pegawai Operasi Gading Aerospace, Ismail Sulaiman, selepas majlis perasmian Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang berlangsung penuh gemilang di Pusat Pameran Antarabangsa Mashuri (MIEC) hari ini.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79