Perasmian Penutup Hari Belia Negara 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kanan) ketika sesi bergambar selepas Majlis Perasmian Penutup Hari Belia Negara 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan di Laman Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia, di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli (empat, kiri) dan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Khairul Rizam Abu Samah (tiga, kanan).

KUALA LUMPUR, 18 Mei — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (enam, kiri) menyerahkan Anugerah Ikon Serumpun kepada penyanyi Mimi Fly atau Shamimi Amalina Norisham (enam, kanan) pada Majlis Perasmian Penutup Hari Belia Negara 2025 Peringkat Wilayah Persekutuan di Laman Lanai, Pusat Pelancongan Malaysia, di sini, hari ini.
Turut hadir, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli (lima, kanan) dan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan Khairul Rizam Abu Samah (lima, kiri).