Menyantuni Waris Anggota Pasukan Simpanan Persekutuan

IPOH, 18 Mei — Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), Datuk Seri Norliza Abdul Rahim (dua, kiri) menyampaikan replika cek manfaat perlindungan takaful dan khairat kematian kepada Nur Aini Samiun (tengah) ketika hadir menyantuni waris anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban di Taman Kinding Raya Tanjung Rambutan hari ini.
Nur Aini merupakan balu kepada Allahyarham Sarjan Mohd Roslan Abd Rahim yang terkorban dalam kemalangan ngeri di Teluk Intan Selasa lalu.