Menerima Borang Keahlian UMNO

TENOM, 18 Mei — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) menunjukkan borang keahlian UMNO yang diserahkan oleh Ketua Wanita UMNO Tenom, Datuk Rahmahjan Sulaiman Khan (tiga dari kiri), pada program Gerak17 UMNO Sabah di Dewan Sri Ontoros, Kemabong, Tenom, hari ini.
Turut hadir, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (dua, kanan).

TENOM, 18 Mei — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kiri) memalu gong pada simbolik pelancaran program Gerak17 UMNO Sabah di Dewan Sri Ontoros, Kemabong, Tenom, hari ini.
Turut kelihatan, Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (dua, kanan).

TENOM, 18 Mei — Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga, kanan) dan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin (empat, kanan) ketika menghadiri program Gerak17 UMNO Sabah Dewan Undangan Negeri (DUN) Kemabong, kawasan N.43, di Tenom di Dewan Sri Ontoros Kemabong Tenom hari ini.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79