Rizam Terus Khidmat Bakti, Laksana Ziarah Kasih Santuni Rakyat
KUALA LUMPUR, 16 Mei – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar Datuk Rizam Ismail terus tekad melaksanakan khidmat bakti buat rakyat di kawasan.
Terbaharu beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Sabak Bernam, berbesar hati melakukan ziarah kasih bagi menyantuni rakyat di samping mengeratkan silaturahim.
“Pagi semalam, saya berpeluang melaksanakan Program Ziarah Kasih dengan mengunjungi enam buah rumah di Kampung Dato’ Hormat, Sungai Air Tawar.
“Program ini bertujuan untuk menyantuni dan memberikan bantuan kepada golongan yang memerlukan, selaras dengan komitmen kami dalam memastikan kebajikan masyarakat sentiasa terpelihara,” ujar beliau.
Rizam memanfaatkan peluang itu mendengar sendiri permasalahan dihadapi mereka membabitkan keperluan di kawasan.
Beliau dalam pada itu turut sama menyampaikan sumbangan sebagai tanda keprihatinan dan sokongan.
“Melalui program ini, kami dapat mendengar sendiri keluhan serta keperluan penduduk setempat, selain menyampaikan sumbangan.
“Semoga inisiatif ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban mereka yang memerlukan dan mengukuhkan ikatan silaturahim dalam komuniti,” ujar beliau. – UMNO Online