Menerima Sijil Pengiktirafan Malaysia Book of Records

MELAKA, 15 Mei — Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Ab Rauf Yusoh (tengah) mewakili kerajaan negeri menerima sijil pengiktirafan Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori jumlah paparan digital tertinggi pelancongan Malaysia di platform WeChat dengan carian ‘Melaka’ dan ‘Fan Bingbing’ yang disampaikan Pegawai MBOR Edwin Yeoh Tiong Chin (tiga, kiri) di sini hari ini.
Nama Melaka dan Fan Bingbing telah mencatat lebih satu bilion carian digabungkan di platform WeChat China, mengatasi capaian acara mega seperti Shanghai International Film Festival dan Weibo Movie Awards.
Kejayaan itu juga terbukti dengan peningkatan jumlah pelancong China ke Melaka iaitu sebanyak 664,687 orang pada tahun lepas berbanding 204,818 pada 2023.