Jualan Sejahtera Rakyat (JSR) Esok Antara Pendekatan Berterusan Bantu Rakyat – Ariff

KUALA LUMPUR, 16 Mei – Usaha untuk meringankan beban serta pelbagai bantuan kepada masyarakat setempat tetap menjadi keutamaan bagi Ketua UMNO Padang Rengas, Datuk Mohd Ariff Abdul Majid.

Menerusi perkongsian di Facebook beliau, satu program yang menawarkan jualan pelbagai barangan keperluan akan di adakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderoh esok, 17 Mei 2025.

“Assalamualaikum semua… salam Perak Sejahtera 2030. Orang ramai dijemput hadir ke Program Jualan Sejahtera Rakyat (JSR), satu inisiatif Kerajaan Negeri Perak dalam membantu meringankan beban rakyat yang akan diadakan pada 17 Mei 2025 (Sabtu), jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di Dataran Amanjaya, Sauk.

“Program ini menawarkan pelbagai barangan keperluan asas seperti beras, minyak, tepung, gula, susu dan banyak lagi dengan diskaun hebat sehingga 15%, turut menyediakan kemudahan pembelian kepada penerima Kad Perak Perihatin serta menampilkan lebih 73 jenis barangan asas dengan harga berpatutan,” katanya.

Kata beliau lagi masyarakat setempat perlu mengambil kesempatan sebaiknya menerusi program berkenaan dalam usaha meringankan perbelanjaan barangan keperluan.

“Jangan lepaskan peluang untuk berjimat dan berbelanja dengan bijak hanya di JSR! WOW…JOM KOME… Sebarkan kepada keluarga, jiran dan rakan-rakan. Ikhlas daripada Pejabat Pegawai Khas  Menteri Besar Perak (DUN Chenderoh),” tambahnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79