Menyerahkan Kenderaan

KUANTAN 13 Mei–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdi Wan Ismail menyerahkan kenderaan bagi kegunaan Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) di Perkarangan Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah hari ini.
3 buah kenderaan jenis Toyota Hilux daripada Kerajaan Negeri Pahang ini diserahkan dan akan diguna bagi kegunaan Pejabat Agama Islam Daerah Rompin, Pejabat Agama Islam Daerah Temerloh dan Pejabat Agama Islam Daerah Bera.