UMNO Ke-79: Terus Menjuarai Perjuangan Rakyat, Perkukuh Agenda Melayu/Islam

KUALA LUMPUR, 12 Mei – Bersempena ulang tahun UMNO ke-79 yang disambut 11 Mei saban tahun, Naib Ketua UMNO Bahagian Setiu, Mohd Iskandar Jaafar menyifatkan parti ini sebagai juara membabitkan Melayu dan Islam.

Kata beliau ini kerana, UMNO melalui pemimpin dan sayap parti dilihat terus bersuara membela nasib rakyat melalui agenda dibawa pejuangan parti.

“UMNO mempertahankan prinsip memperjuangankan agama bangsa dan tanah air.

“Buktinya UMNO tetap menjuarai isu-isu yang melibatkan 3R iaitu raja, agama dan kaum. Dalam isu stoking kalimah Allah, Pemuda UMNO yanag paling ke depan dalam menentang isu ini sehingga gerakan memboikot perniagaan mereka yang terlibat telah memberi kesan yang besar.

“Saya yakin dengan usaha berlipat ganda oleh pendukung parti, UMNO akan mampu bertahan ke usia satu abad @ 100 tahun sekiranya ahli-ahli kekal setia dengan perjuangan parti,” katanya kepada UMNO Online.

Mengulas lanjut berkenaan pelaksanaan Sekolah Politik UMNO (SPU) kumpulan pertama yang telah dilaksanakan dengan jayanya, Mohd Iskandar berkata ia sebagai langkah tepat bagi mendepani dinamika politik hari ini.

Katanya ini kerana SPU ini membentuk kekuatan jati diri generasi baru sebagai pelapis yang memahami selok belok sistem politik negara.

“Bagaimana pun selari dengan peredaran sistem hari ini, silibus sekolah politik tidak boleh lagi hinggabersifat nostalgia sejarah perjuangan semata-mata.

“Tetapi tumpuan mesti diberikan kepada survival parti khususnya UMNO untuk menghadapi usia menjelang 100 tahun. Ia memerlukan kepada penghayatan sejarah perjuangan, ketahanan jiwa dan kemahuan yang tebal untuk memastikan UMNO tetap bertahan pada masa hadapan,” ujar beliau. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79