Ahmad Zahid Ucap Selamat Hari Wesak Kepada Penganut Buddha

KUALA LUMPUR, 12 Mei 2025 – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di seluruh negara.

Dalam hantaran menerusi laman Facebooknya, beliau menzahirkan harapan agar sambutan Hari Wesak tahun ini membawa makna yang istimewa kepada semua yang meraikannya.

“Malaysia terus menjadi contoh negara yang meraikan kepelbagaian budaya dan tradisi dalam semangat saling menghormati dan hidup harmoni,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa keunikan kepelbagaian tersebut merupakan satu kekuatan bersama yang mesti dipelihara dan dipertahankan oleh semua rakyat. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79