Majlis Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO

Majlis Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO
KUALA LUMPUR, 11 MEI — Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan sijil kepada graduan pada Majlis Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO di Sambutan Ulangtahun Hari UMNO Ke-79, bertempat di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.

Sambutan Ulangtahun Hari UMNO Ke-79
KUALA LUMPUR, 11 MEI — Naib Presiden UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail bersalaman dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Setiausaha Agung Barisan Nasional Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada Sambutan Ulangtahun Hari UMNO Ke-79 di Menara Dato’ Onn sebentar tadi. Turut kelihatan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Sambutan Ulangtahun Hari UMNO Ke-79
KUALA LUMPUR, 11 MEI — Naib Presiden UMNO merangkap Pengerusi Lembaga Pengelola Sekolah Patriotik UMNO Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memberikan ucapan pada Sambutan Ulangtahun Hari UMNO Ke-79 di Menara Dato’ Onn sebentar tadi.