Menerima Mengadap Menteri Pendidikan Tinggi

KUALA LUMPUR 7 Mei–Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah menerima mengadap Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bersama delegasi Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) iaitu Ketua Setiausaha KPT, Datuk Dr. Anesee Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Tinggi, Datuk Prof. Azlinda Azman dan Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti UTM, Tan Sri Azman Mokhtar di Istana Negara hari ini.
Beberapa perkara berkaitan hal ehwal pendidikan tinggi termasuk hal terkaitan dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah disembah maklum kepada DYMM Raja Zarith Sofiah.