Melawat Taska Graduan Kecil

SEBERANG PRAI 6 Mei–Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad mengambil kesempatan mengadakan lawatan ke Taska Graduan Kecil yang terletak di Tingkat M, Bangunan MBSP bagi Sesi Menandatangani Plak Taska Berdaftar dan beramah-mesra bersama anak-anak cilik di sini hari ini.
Taska Graduan Kecil ini telah mula beroperasi di Bangunan Majlis Bandaraya Seberang Perai sejak tahun 2006 dan telah mendapat perakuan sejak tahun 2010.