Melancarkan Inisiatif Buku Rujukan Tambahan

IPOH 7 Mei–Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad melancarkan Inisiatif Buku Rujukan Tambahan bagi anak-anak Perak yang akan menghadapi peperiksaan SPM pada tahun ini.
Inisiatif bantuan buku rujukan ini merupakan satu lagi inisiatif di bawah program Tuisyen Cikgu Saarani (TCS) yang sebelum ini berfokus kepada kelas tambahan, bantuan makanan percuma, program motivasi dan saringan akademik.