Bersama Anak-Anak Pelajar Tajaan MARA

SEOUL 5 Mei–Pengerusi MARA Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meluangkan masa bersama anak-anak pelajar tajaan MARA di Seoul National University of Science and Technology, Korea Selatan hari ini. Sesi dua jam lebih ini cukup bermakna bukan sekadar bertukar pandangan mengenai pencapaian akademik mereka, tetapi juga menyelami cabaran hidup jauh di perantauan.