Sambutan Hari Bomba Sedunia

KUANTAN, 4 Mei — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyempurnakan simbolik perasmian Sambutan Hari Bomba Sedunia hari ini.
Turut berangkat mengiringi baginda pada majlis itu, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.

KUANTAN, 4 Mei — Anggota Special Tactical Operation and Rescue Team of Malaysia (STORM) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) melakukan persembahan payung terjun dengan membawa Jalur Gemilang dan negeri Pahang pada Majlis Sambutan Hari Bomba Sedunia hari ini.

KUANTAN, 4 Mei — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ketika berangkat tiba pada Majlis Sambutan Hari Bomba Sedunia hari ini.
Turut berangkat mengiringi baginda, Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Aiman Athirah Sabu dan Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Datuk Nor Hisham Mohammad.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit