Melawat Kota Jail

JOHOR Bahru 3 Mei–Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi Kota Jail, bangunan bersejarah berusia 142 tahun yang dahulunya Penjara Ayer Molek, kini dibuka semula kepada orang ramai dengan wajah dan semangat baharu.
Lawatan ini bukan sekadar meninjau kerja pemuliharaan fizikal, tetapi satu penghargaan terhadap usaha anak muda Johor yang menjadi nadi kebangkitan destinasi ini. Dengan kerjasama Jabatan Penjara Malaysia dan Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Kota Jail kini menempatkan Galeri Penjara Ayer Molek, ruang acara kreatif, kafe tempatan serta jualan kraf dan produk lokal menjadikannya tumpuan pelancong dan komuniti kreatif.