Mesyuarat UMNO Cawangan: Terus Perkasakan Parti Di Peringkat Akar Umbi

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ketua UMNO Bahagian Iskandar Puteri Datuk Mohammad Khairi A. Malik menyeru seluruh ahli UMNO yang kini dalam menunaikan tanggungjawab bersidang di peringkat cawangan agar terus memperkasakan parti.

Ujarnya, kekuatan parti di peringkat akar umbi amat penting terutama dalam menjaga kepentingan dan kesejahteraan rakyat setempat.

“Saya juga menyeru seluruh ahli UMNO untuk terus memperkasakan parti di peringkat akar umbi dengan mengajak lebih ramai masyarakat kampung terutamanya orang-orang muda untuk menyertai UMNO demi menjaga kebajikan serta membangunkan kampung yang kita cintai ini.

“Dengan adanya cawangan UMNO di sini, pelbagai bentuk bantuan dan keperluan dapat disalurkan, sama ada dalam bentuk bantuan tunai, kebajikan mahupun keperluan lain yang bermanfaat untuk masyarakat setempat,” katanya dalam satu perkongsian di Facebook.

Malam tadi, Mohammad Khairi bersama isteri turut serta menjayakan Mesyuarat Tahunan UMNO Cawangan Kg Tiram Duku, di Iskandar Puteri bagi tahun 2025.

Justeru, Mohammad Khairi mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir dan menjalankan amanah sebagai ahli UMNO.

“Hanya UMNO yang sudi memperjuangkan kebajikan dan kesejahteraan masyarakat di sini, sejak dulu, kini dan Insya-Allah selama-lamanya,” katanya lagi.

Pada 12 Mac lalu, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO telah memutuskan Persidangan Tahunan UMNO Cawangan bagi tahun ini bermula pada 7 April hingga 25 Mei ini.

Manakala Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 9 Jun hingga 27 Julai dan 20 Ogos hingga 23 Ogos bagi Perhimpunan Agung UMNO 2025. – UMNO ONLINE

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit