Ingat Balik… Siapa Dulu Sucikan Dap, Kenyataan Pas Hanya Tutup Kekalahan

KUALA LUMPUR, 2 Mei – Ketua Penerangan UMNO Wilayah Persekutuan, Gulam Muszaffar Gulam Mustakim melihat kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang pasca Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning sekadar melepaskan kesilapan diri sendiri.

Menurut beliau kenyataan Presiden Pas yang menyatakan UMNO telah mensucikan Dap hanyalah alasan untuk menutup kekalahan Perikatan Nasional (PN) pada PRK berkenaan.

“Siapa dulu sucikan Dap? Keterangan Presiden Pas yang menyatakan UMNO telah mensucikan Dap selepas keputusan dengan majoriti yang lebih besar di PRK Ayer Kuning sebagai satu kenyataan untuk melepaskan kesilapan sendiri atas kegagalan parti PN. Bila kalah tuding jari pada UMNO, mulalah main sentimen UMDAP.

“Cuma saya nak ingatkan semua sebenarnya UMNO banyak belajar dari Pas dan Bersatu yang sebenarnya lebih dahulu “mensucikan” Dap. Untuk dapat undi terutamanya dari masyarakat Cina, kita perlu berkerjasama dengan Dap.

“Sebab galah politik UMNO buat masa sekarang kurang dua kaki untuk jolok buah di pokok bak kata Menteri Besar Kelantan sekarang ini. Selebihnya sila rujuk kepada pautan ini untuk penjelasan lanjut,” katanya.

https://www.facebook.com/share/v/16F3iQKz4e/?mibextid=wwXIfr

Beliau seterusnya mengucapkan terima kasih kepada Pas yang telah memberikan tunjuk ajar yang cukup baik untuk UMNO berpolitik, namun tidaklah sepertimana parti berkenaan dalam beberapa hal tertentu.

“Terima kasih kepada Pas yang mengajar UMNO untuk berpolitik. Yang pasti UMNO tak pernah solat di hadapan Bangunan Dap, berguling di jalan raya untuk Dap, mengangkat bendera Dap atau mengiktiraf pemimpin Dap sebagai Khalifah Umar Abd Aziz,” tambahnya. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit