Bertemu dengan Pelajar-Pelajar Anak Pahang

JORDAN 29 April–Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkesempatan bertemu bersama anak-anak pelajar dari Pahang yang sedang melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang di Universiti Yarmouk hari ini.
Sehingga kini terdapat 78 anak-anak Pahang yang masih meneruskan pengajian di universiti ini.
Besar harapan saya agar anak-anak pelajar ini kelak berjaya dalam pelajaran dan kembali menabur bakti serta budi dalam membangunkan negeri Pahang dan negara. Insya-Allah.