PRK: Kemenangan BN Bukti Rakyat Mahukan Kerajaan Stabil – Azalina

TAPAH, 27 April – Ketua Penerangan UMNO
Malaysia, Datuk Seri Azalina Othman Said memaklumkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai pilihan rakyat yang mahukan sebuah kerajaan stabil.

Beliau berkata ia juga memberi signal bahawa rakyat Malaysia menginginkan sebuah kerajaan berpencapaian tinggi.

“Kejayaan besar Barisan Nasional (BN) merupakan cerminan kepercayaan rakyat kepada UMNO dan BN serta keyakinan terhadap kebolehan Kerajaan MADANI mentadbir negara demi kesejahteraan mereka.

“Rakyat memilih kita demi Perpaduan yang membawa kepada kemakmuran dan kestabilan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut beliau turut sama berharap Dr Ustaz Yusri Bakir dapat menjaga amanah besar yang telah dipertanggungjawabkan oleh warga Ayer Kuning ini dengan sehabis baik.

“Jutaan terima kasih kepada Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Pengarah PRK Ayer Kuning, Datuk Seri Saraani Mohamad selaku dan seluruh jentera BN dan Kerajaan Perpaduan MADANI yang telah bekerja bersungguh-sungguh demi kemenangan ini,” ujar beliau.

Untuk rekod BN berjaya mempertahankan kerusi DUN Ayer Kuning apabila calonnya, Dr Mohamad Yusri Bakir menang dengan majoriti 5,006 undi dalam saingan tiga penjuru.

Setiausaha UMNO Bahagian Tapah itu, yang lebih dikenali sebagai Ustaz Yusri, meraih 11,065 undi untuk menewaskan Abd Muhaimin Malek daripada Perikatan Nasional yang memperoleh 6,059 undi dan calon Parti Sosialis Malaysia Bawani KS (1,106 undi).

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung. – UMNO Online

 

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit