PRK: Suasana Mengundi Di Ayer Kuning Tenang, Harmoni

TAPAH, 26 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Hasmuni Hassan menyifatkan sesi pengundian di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sungai Kurong dan Sungai Lesong sebagai tenang dan harmoni ketika proses pengundian yang masih berlangsung ketika ini.

Beliau yang juga Naib Ketua UMNO Bahagian Kubang Pasu berkata ini kerana ia laghir dari simbolik kekeluargaan kepada penduduk di sini dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil (PRK) Ayer Kuning.

“Suasana cukup aman dan harmoni di mana penduduk di sini, Sungai Kurong dan Sungai Lesong mengenali satu sama lain seperti keluarga.

“Apataha lagi calon juga amat dikenali di sini insya-Allah rata-rata mengatakan calon BN paling terbaik dan bakal mewakili mereka di DUN Ayer Kuning,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Beliau dalam pada itu turut menyeru pengundi DUN Ayer Kuning memanfaatkan PRK ini untuk menunaikan tanggungjawab mereka dengan sebaiknya.

“Kepada pengundi yang berada di luar Parlimen dan juga DUN Ayer Kuning untuk keluar beramai-ramai dan pastikan jangan salah pilih undi buat kali ini pilihan mesti tepat,” ujar beliau.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian wakil rakyat kawasan itu, Allahyarham Ishsam Shahrudddin, 59, yang juga Ketua UMNO Bahagian Tapah, susulan serangan jantung ketika menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang.

Untuk rekod, DUN Ayer Kuning ini menyaksikan pertembungan tiga penjuru melibatkan calon Barisan Nasional, Dr Ustaz Yusri Bakir ditentang oleh Perikatan Nasional dan Parti Sosialis Malaysia.

Sebanyak 19 pusat mengundi membabitkan 63 saluran akan dibuka bermula 8 pagi hingga 6 petang kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.

Kerusi DUN Ayer Kuning ini mempunyai 31,897 pengundi berdaftar, terdiri daripada 31,315 pengundi biasa dan 582 anggota polis serta pasangan mereka. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit