PRK Ayer Kuning: Penjumlahan Undi Bermula, BN Mendahului (Tidak Rasmi)
TAPAH, 26 April – Proses penjumlahan undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, bermula dan kini (setakat pukul 7.30 malam) Barisan Nasional (BN) mendahului dengan 2,885 majoriti.
Sebaik pusat pengundian ditutup, kesemua peti undi daripada 63 saluran dibawa ke pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Merdeka, di sini.
Proses pengundian telah berakhir pada jam 6 petang tadi, kecuali pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Toh Tandewa Sakti yang ditutup lebih awal pada 4 petang.pukul selepas kesemua 19 pusat pengundian yang dibuka sejak 8 pagi tadi, ditutup secara rasmi.
Dijangkakan keputusan rasmi PRK berkenaan akan diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seawal 9 malam.
Pada Selasa, sebanyak 93.4 peratus daripada 500 anggota polis dan pasangan telah menunaikan tanggungjawab di dua pusat mengundi semasa proses pengundian awal PRK berkenaan.
PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Ishsam Shahruddin pada 22 Feb lepas akibat serangan jantung.
Ia menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon Barisan Nasional Dr Mohamad Yusri Bakir yang ditentang calon Perikatan Nasional dan calon Parti Sosialis Malaysia. – UMNO Online