PRK Ayer Kuning: Keputusan Bukti Rakyat Kasihkan Masyarakat Harmoni

TAPAH, 26 April – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak, Datuk Saarani Mohamad menyifatkan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning sebagai signal kepada kehendak rakyat yang mahukan nilai keharmonian.

Beliau yang juga Menteri Besar Perak berkata ia juga ia juga membuktikan penolakan kepada sikap pembangkang yang gemar melakukan fitnah demi kepentingan politik mereka.

“Semua orang kena faham keputusan ini menggambarkan bahawa penduduk Ayer Kuning adalah mereka yang kasihkan kepada masyarakat yang bersatu padu.

“Jadi jangan siapa datang ke Ayer Kuning ini
bawa fitnah meracuni pemikiran rakyat, mengadu domba ini secara sah dan mutlak ditolak oleh penduduk di sini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pusat operasi Barisan Nasional (BN) di Temoh hari ini.

Saarani dalam pada itu turut sama merakamkan penghargaan terhadap
dukungan daripada keseluruhan jentera UMNO/BN yang turut dibantu Friends of BN dan parti dalam Pakatan Harapan (PN) yang saling bekerjasama sepanjang mengharungi kempen PRK.

Mengulas lanjut beliau turut sama
menyifatkan keputusan ini sebagai kepercayaan daripada Kerajaan Perpaduan.

“Penghargaan kepada jentera yang bekerja bertungkus-lumus untuk mencari pengundi untuk meraih undi macam-macam cara kita buat.

“Saya sendiri turun ke beberapa tempat
itu tanda satu kerjasama yang sangat erat dalam kalangan parti-parti Kerajaan Perpaduan

“Jentera yang mendekati rakyat tanpa perlu makin hamun orang, tanpa perlu buat fitnah tetapi dengan kasih sayang kita merayu kepada mereka supaya beri undi kepada calon Kerajaan Perpaduan yang hendak berbuat kebajikan,” ujar beliau.

Untuk rekod BN berjaya mengekalkan kerusi DUN Ayer Kuning, berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Pada persaingan tiga penjuru dalam pilihan raya kecil berkenaan, calon BN Dr Ustaz Yusri Bakir menang dengan majoriti 4,751 undi apabila memperoleh 10,354 undi selepas 63 daripada keseluruhan 67 peti undi siap dikira berdasarkan keputusan pada jam 9 malam tadi.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan berikutan kematian penyandangnya Allahyarham Ishsam Shahruddin pada 22 Februari lalu akibat serangan jantung. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit