Perasmian Inisiatif Transformasi Desa

BAGAN DATUK, 26 April — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi semasa hadir pada Perasmian Inisiatif Transformasi Desa (INTRADE), salah satu inisiatif di bawah Program Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) anjuran Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di Dewan Armada Utama, Politeknik Bagan Datuk hari ini.
Program INTRADE yang berlangsung dari 21 hingga 30 April 2025 di Daerah Bagan Datuk melibatkan kerjasama erat antara Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk.
Seramai 119 Kadet Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) telah menyertai program ini dengan ditempatkan bersama keluarga angkat tempatan, yang mengamalkan nilai Empati dalam setiap interaksi bersama komuniti setempat.
sli