PRK: Terus Rayu Undi Hingga Saat Akhir – Ridhwan
TAPAH, 25 April – Ketua UMNO Bahagian Hang Tuah Jaya, Datuk Mohd Ridhwan Mohd Ali memaklumkan jentera UMNO negeri Melaka akan terus mendekati pengundi hingga ke saat akhir.
Beliau berkata ini kerana pengundi bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning itu perlu diberi pendedahan mengenai calon diketengah Barisan Nasional (BN) sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) ini.
“Alhamdulillah kita sudah berkampung hampir seminggu lebih di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Ayer Kuning ini.
“Jentera kita yang membantu jentera tempatan, bersama jentera daripada peringkat PDM, cawangan.
“Terutamanya Wanita UMNO turun berjumpa dengan masyarakat dan juga berkampen, merayu undi untuk memastikan kemenangan BN,” katanya ketika ditemui UMNO Online baru-baru ini.
Mengulas lanjut beliau berkata ia penting bagi memastikan rakyat mengetahui aspirasi dibawa calon, Dr Ustaz Yusri antaranya manifesto demi pembangunan kawasan.
“Malah untuk pastikan masyarakat di kawasan PDM ini memahami dengan jelas apakah potensi dan juga apakah kelebihan yang ada pada calon BN.
“Apa yang boleh dia tawarkan agar mereka faham manfaat dan juga pentingnya untuk mengekalkan DUN ini di bawah YB yang pemerintah kerajaan negeri Perak ini,” ujar beliau.
Untuk rekod calon BN, Dr Ustaz Yusri berdepan tiga penjuru iaitu dengan wakil Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
Beliau yang juga yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah merupakan bekas pensyarah di IPG Kampus Ipoh yang telah berkhidmat sejak 2007.
Merupakan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah, Dr Ustaz Yusri mempunyai empat anak berusia antara 20 hingga 28 tahun hasil perkongsian hidup dengan isteri, Rosnani Mahmud, 52.
PRK DUN Ayer Kuning ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang. – UMNO Online