‘Rakyat Tahu Pas Parti Penunggang Agama’ – Abdul Razak

TAPAH, 24 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Abdul Razak Abdul Rahman menyifatkan Pas sebagai penunggang agama, bagi membidas kenyataan daripada pemimpin parti itu.

Katanya di tambah lagi apabila kenyataan tersebut menyentuh ibadah haji yang merupakan salah satu daripada rukun Islam.

“Lebih penting dan tepat sekali, kita pun tahu mereka penunggang agama. Itu sahaja jawapannya.

“… yang penting saya tekankan, Rukun Islam tidak boleh buat main-main kerana kita sebagai orang Islam kena pegang Rukun Islam ini,”katanya ketika ditemui UMNO Online.

Respon itu diberikan beliau rentetan kenyataan Tan Sri Abdul Hadi Awang ketika berceramah pada kempen calon Perikatan Nasional (PN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Abdul Hadi yang menyeru umat Islam agar mengutamakan kemenangan dalam landskap politik negara, termasuk menangguhkan rancangan menunaikan ibadah haji ke Mekah.

Sementara itu, mengulas lanjut berkenaan kempen PRK Ayer Kuning, Abdul Razak berharap pengundi di kawasan ini untuk tidak terpedaya dengan dakyah dibawa pembangkang.

Katanya, mereka perlu rasional dengan memilih calon BN, Dr Ustaz Yusri sebagai wakil rakyat bagi membawa lebih banyak pembangunan di Ayer Kuning.

“Saya harap pengundi di Ayer kuning ini menunaikan sebagai pengundi di PRK Ayer Kuning kerana saya cukup yakin anda ini tidak akan berganjak selain memilih BN.

“Kita meletakkan calon yang sederhana, punya latar belakang agama dan berpendidikan, jadi saya rasa calon yang terbaik untuk mewakili rakyat Ayer Kuning ini adalah Dr Ustaz Yusri,” ujar beliau.

Untuk rekod calon BN, Dr Ustaz Yusri berdepan tiga penjuru iaitu dengan wakil Perikatan Nasional dan Parti Sosialis Malaysia.

Beliau yang juga yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah merupakan bekas pensyarah di IPG Kampus Ipoh yang telah berkhidmat sejak 2007.

PRK DUN Ayer Kuning ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit