PRK: Pilih BN Untuk Bawa Suara Rakyat, Bijaklah Buat Pilihan – Dr Masliha

KUALA LUMPUR, 24 April – Exco Wanita UMNO Malaysia, Dr Masliha Harun menyeru pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning membuat pilihan dengan bijak demi kemajuan dan kesejahteraan bersama dengan memilih Barisan Nasional (BN) sebagai wadah suara rakyat.

Ini kerana katanya, gabungan Perikatan Nasional (PN) yang diketuai oleh Pas dan Bersatu kini dilihat retak menanti belah, khususnya di negeri Perak.

Jelas beliau, keretakan hubungan antara dua parti utama dalam PN semakin ketara dan ia seharusnya menjadi isyarat jelas kepada rakyat.

“Hubungan Pas dan Bersatu dah kurang mesra dan tidak sehaluan. Kebetulan berlaku di Perak jadi bagaimana rakyat Perak nak harapkan PN memerintah, jika dalam gabungan pun dah tak sepakat.

“Eloklah ‘kome’ memangkah yang benar-benar boleh membantu negeri dan rakyat, ikut Kerajaan sedia ada. Insya-Allah… tak akan ada masalah seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mereka ni.

“Ketua Pembangkangnya pula dah kena gantung keluar sidang DUN. Bagaimana nak bawa isu rakyat? Jadi orang Ayer Kuning dah boleh nampak pemimpin mana yang mereka boleh harapkan,” katanya.

Dr Masliha yang juga Pengerusi Sekretariat Wanita Profesinol (SWP) berkata, untuk rakyat Malaysia, jadikan ini juga sebagai pengajaran untuk masa hadapan.

“Gabungan Pas dan Bersatu ni sebenarnya menunggu masa nak berpecah. Tak percaya tengoklah mesti ada yang sebut-sebut meminta nak bekerjasama dengan UMNO nanti walhal asyik ratib dan maki UMNO hari-hari.”

Pada masa yang sama, Dr Masliha menyentuh isu yang ditimbulkan pihak pembangkang berkaitan ‘isteri ikut suami’, menyifatkannya sebagai satu taktik murahan.

“Berita isteri ikut suami tak menggoyangkan negara. Itu hanya propaganda Pas sahaja. Harap semua orang faham,” ujarnya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit