Dr Zambry Percaya Sokongan Pengundi Cina Terhadap Dr Ustaz Yusri

TAPAH, 23 April – Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menyifatkan sokongan pengundi Cina pada tahap terbaik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.

Beliau berkata ini kerana ia berdasarkan respon diberikan mereka pada siri kempen yang turut sama menfokuskan masyarakat Cina, semalam.

“Kita melihat semangat yang ditunjukkan mereka begitu mantap seperti dapat disaksikan bahawa mereka memberi sokongan kepada Dr Ustaz Yusri.

“Saya tengok daripada gerakan badan mereka jelas sokongan padu kepada calon kita,” katanya.

Dr Zambry berkata demikian ketika ditemui UMNO selepas bersama pengundi masyarakat Cina di Sungai Kroh.

Mengulas lanjut, beliau yang juga Menteri Pengajian Tinggi bagaimanapun berkata sokongan itu perlu diterjemahkan mereka pada 26 April.

Katanya lagi, ia penting bagi memastikan agenda prihatin rakyat dapat diteruskan oleh Dr Ustaz Yusri sekiranya diberi mandat.

“Cabaran kita untuk pastikan semua akan keluar nanti, namun saya yakin mereka juga memberi komitmen untuk keluar beramai-ramai pastikan kemenangan BN,” ujar beliau.

Untuk rekod calon BN pada PRK ini berdepan dengan tiga penjuru wakil daripada Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Dr Ustaz Yusri yang juga yang juga Setiausaha UMNO Bahagian Tapah merupakan bekas pensyarah di IPG Kampus Ipoh yang telah berkhidmat sejak 2007.

Merupakan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan Anak-Anak Tapah, Dr Ustaz Yusri mempunyai empat anak berusia antara 20 hingga 28 tahun hasil perkongsian hidup dengan isteri, Rosnani Mahmud, 52.

PRK DUN Ayer Kuning ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit