Rasmikan Pejabat Baharu CTCS

KUALA LUMPUR 23 April — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berbesar hati merasmikan pejabat baharu CTCS — simbol transformasi usahawan Bumiputera dalam industri perkayuan. CTCS harus kekal fokus membangunkan syarikat Bumiputera, bukan sekadar mengejar keuntungan. Untuk berjaya dalam perniagaan, harus mengamalkan sikap rantaian bekalan yang universal — inklusif, bersepadu dan mampan.