Manifesto Calon BN Bukti Prihatin Segenap Kelompok Masyarakat – Mohamad Alamin
TAPAH, 23 April – Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Datuk Mohamad Alamin berpandangan manifesto dibawa calon Barisan Nasional (BN), Dr Ustaz Yusri Bakir sebagai menepati keperluan rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning.
Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis berkata, ini kerana ia menyentuh pelbagai kelompok rakyat termasuk masyarakat warga emas, wanita dan Orang Asli yang juga turut sama diberi perhatian.
“Memang perancangan kita sudah lama daripada dahulu hingga kini untuk membela wanita, Orang Asli, orang kelainan upaya sekalipun. Sebabnya ia memerlukan kesinambungan yang dibawa kerajaan menerusi Allahyarham agar dapat diteruskan Dr Ustaz Yusri nanti.
“Dengan lebih banyak program melalui pelbagai agensi kerajaan yang ada, Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) umpamanya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Jabatan Kebajikan Masyarakat.
“Kolaborasi yang hebat dan kesinambungan dari segi kerajaan dan wakil rakyat itu kalau tiada wakil rakyat yang membawakan agenda ini bagaimana hendak melaksanakannya,” katanya.
Mohamad yang juga Ketua UMNO Bahagian Kimanis berkata demikian ketika ditemui UMNO Online selepas melakukan ziarah ke perkampungan Orang Asli di Sungai Kroh Dalam di sini.
Mengulas lanjut beliau turut sama meluahkan harapan kepada rakyat Ayer Kuning agar rasional membuat keputusan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) ini dengan memilih calon BN.
Memastikan pengundi-pengundi orang asli kita, keluar mengundi ramai-ramai pada tanggal 28 April nanti bagi memastikan kesinambungan perjuangan Allah Yarham YB Hisham dapat diteruskan.
“Kita tahu banyak perancangan yang telah dibuat oleh Allahyarham Ishsam Shahruddin jadi ini perlu diteruskan oleh Dr Ustaz Yusri.
“Mengharapkan dengan adanya wakil rakyat ini akan dapat meneruskan perjuangan tersebut meneruskan kesinambungan ke arah untuk membela nasib orang-orang asli di kawasan ini,” ujar beliau.
Terdahulu calon BN, Dr Ustaz Yusri mengumumkan menifesto beliau yang bertemakan ‘Ayer Kuning Sejahtera.’
Ia menggariskan tiga tekad yang menjadi asas kepada keseluruhan usaha ini antaranya menjamin perpaduan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum di Ayer Kuning serta menolak sebarang sentimen perkauman dan politik kebencian yang memecahbelahkan rakyat.
Dr Ustaz Yusri juga memaklumkan ia turut sama menghubungkan inisiatif sosioekonomi di DUN Ayer Kuning selaras dengan aspirasi Pelan Perak Sejahtera 2030.
Untuk rekod calon BN, Dr Ustaz Yusri berdepan tiga penjuru pada PRK ini dengan wakil Perikatan Nasional (PN) dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).
PRK DUN Ayer Kuning ini diadakan susulan kematian penyandangnya, Allahyarham Ishsam Shahruddin, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada 22 Februari lalu selepas menyertai kejohanan bola sepak di Pulau Pinang. – UMNO Online