Lawatan Kerja Ke Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu Diraja

TAPAH 23 April — Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin melakukan lawatan kerja ke Batalion Keempat Rejimen Askar Melayu Diraja (4 RAMD), Kem Tapah bagi meninjau pelaksanaan Program Ekonomi MADANI di sini.
Program Ekonomi MADANI merupakan sebahagian daripada inisiatif kesejahteraan dan nilai tambah kepada komuniti dalam kem khususnya kepada ahli-ahli Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT) sebagai sumber pendapatan tambahan.