Kunjungan Hormat Ke Atas Presiden Republik Indonesia

JAKARTA 23 — Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Indonesia, Yang Terhormat Bapak Prabowo Subianto di Istana Merdeka, Jakarta yang menjadi agenda penutup lawatan rasmi selama tiga hari ke Indonesia. Pertemuan selama kira-kira 1 jam 45 minit ini membuka ruang yang cukup bermakna untuk memperkukuh lagi ikatan persaudaraan dan kerjasama strategik antara kedua-dua negara.