Calon BN Ayer Kuning Akan Bawa Inspirasi Baharu – Saarani
TAPAH, 19 April – Manifesto calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan dibentangkan selewat-lewatnya minggu depan.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, Jawatankuasa Induk BN akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan manifesto berkenaan.
“Manifesto peringkat negeri itu ‘state’ buat tapi ‘off course’ sebagai calon yang insya-Allah akan dipilih sebagai YB dia ada inspirasi dia sendirilah apa yang dia nak gambarkan Ayer Kuning jadi dia akan bentang besok tentang bagaimana Ayer Kuning patut dicorakkan.”
Sementara itu, beliau yang juga Pengerusi BN Perak berpuas hati dengan prestasi calon BN Dr Ustaz Yusri Bakir dan yakin gabungan itu berupaya menawan kerusi DUN Ayer Kuning, Sabtu depan.
Beliau bercakap kepada pemberita pada program Jelajah AIM TVET with Cikgu Saarani di Kompleks Sukan Tapah, Perak. – PerakFM