Isu Bendera: Wanita UMNO Segamat Seru Pendekatan Rasional, Bukan Emosional
SEGAMAT, 17 April – “Kita berharap tindakan tegas diambil untuk mencegah kejadian serupa berulang dan memperkukuh perpaduan negara.”
Demikian tegas Ketua Wanita UMNO Bahagian Segamat, Datuk Norshida Ibrahim berhubung insiden kesilapan paparan bendera Malaysia oleh sebuah akhbar berbahasa Cina, baru-baru ini.
“Permohonan maaf tindakan editorial sebagai langkah positif ke arah dialog konstruktif.
“Meskipun menjunjung tinggi simbol kebangsaan, mereka menyeru kebijaksanaan dan menganggap kesilapan ini sebagai peluang pembelajaran untuk media lebih berhati-hati dan menghormati sensitiviti masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan berkaitan hal terbabit.
Norshida turut menyambut baik pandangan yang dilontarkan oleh Dr. B. Rani Ann serta permohonan maaf pihak editorial Sin Chew Daily, yang dianggapnya sebagai satu langkah positif.
“Walaupun simbol kebangsaan seperti Jalur Gemilang wajib dihormati, kita juga harus melihat kesilapan ini sebagai satu peluang pembelajaran agar media lebih berhati-hati dan sensitif terhadap keharmonian rakyat,” ujarnya.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai ilustrasi Jalur Gemilang yang diletakkan bersebelahan bendera China tidak lengkap apabila tidak diletakkan bulan sabit.
Kesilapan itu menimbulkan kemarahan dalam kalangan rakyat Malaysia dan menyifatkan akhbar tersebut sebagai tidak peka.– UMNO Online