Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pahang

KUANTAN 16 April — Menteri Besar Pahang merangkap Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengiringi Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah yang berkenan berangkat ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Kontinjen Pahang Sempena Peringatan Hari Polis ke-218 Tahun 2025 di Perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuantan hari ini .