UMNO Ucap Takziah, Pak Lah Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR, 14 April – Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama kepimpinan serta ahli-ahli UMNO mengucapkan takziah kepada keluarga mantan Presiden UMNO merangkap mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang meninggal dunia hari ini.

Dilaporkan, Allahyarham meninggal di Institut Jantung Negara (IJN), di sini, hari ini pada usia 86 tahun.

Allahyarham yang juga dikenali dengan panggilan ‘Pak Lah’, menghembuskan nafas terakhir pada jam 7.10 malam.

Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit