Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia 2025

KUALA LUMPUR, 10 April — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (empat, kiri) menyaksikan Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) yang diwakili Ketua Pengarah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Zulfikri Osman (tiga, kiri) dengan Ketua Pegawai Penguatkuasa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Eneng Faridah Iskandar (tiga, kanan) pada Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) hari ini.
Turut sama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil (lima, kiri) dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki (enam, kiri).

KUALA LUMPUR, 10 April — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bergambar ketika menghadiri Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) 2025 hari ini.
Turut sama Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil dan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

KUALA LUMPUR, 10 April — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berswafoto dengan para pelajar ketika menghadiri Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) 2025 hari ini.

KUALA LUMPUR, 10 April — Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi beramah mesra bersalaman dengan para pelajar pada Majlis Amazing Syawal Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) 2025 hari ini.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79