Persidangan UMNO Cawangan Penting, Pastikan Kesinambungan Perjuangan

KUALA LUMPUR, 9 April – Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad berharap persidangan cawangan yang akan bermula pada 7 April hingga 25 Mei 2025 ini dimanfaatkan sebaiknya ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi bagi meneruskan perjuangan parti.

Beliau berkata ia penting sebagai platform diskusi isu semasa membabitkan kepentingan parti di samping bertukar pandangan dalam kalangan pendukung parti.

“Memang harapan saya inilah masanya juga kita sebagai pemimpin kecil di bahagian untuk berjumpa dengan rakyat untuk sampaikan mesej parti dan mesej kerajaan.

“Melalui persidangan ini kita dapat jelaskan lagi isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang yang dikatakan oleh UMDap konon menyerahkan kuasa kepada minoriti, umpamanyakan.

“Masa mensyuarat inilah peluang kepada kami ketua-ketua bagian untuk menjelaskan secara dekat, bertukar pendapat, soal-jawab, terangkan apa keputusan MKT,” katanya ketika ditemui UMNO Online.

Dr Azhar dalam pada itu berkata ia juga sebagai medan mengeratkan silaturahim dalam kalangan ahli parti.

“Semuanya berasas kepentingan kepada UMNO untuk membela nasib orang Melayu, agama dan raja.

“Itulah tujuan dan peluang kita selain proses undang-undang, tetapi poin utama dapat sampaikan mesej parti kepada ahli parti yang bersama dengan kita,” ujar beliau.

Terdahulu selain Persidangan Tahunan UMNO Cawangan, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi turut sama mengumumkan tarikh untuk mengadakan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian pada 9 Jun hingga 27 Julai 2025 dan Perhimpunan Agung UMNO 20 Ogos hingga 23 Ogos 2025. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit