Majlis Pengurniaan Suratcara Pengisytiharan Pelantikan

KUANTAN, 9 April — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bergambar kenangan selepas Majlis Pengurniaan Suratcara Pengisytiharan Pelantikan dan Ikrar Taat Setia Yang Berhormat Setiausaha Kerajaan Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang di Istana Abdulaziz hari ini.
Turut berangkat, Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Pada majlis tersebut, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Nazri Abu Bakar dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang dan Datuk Fadzilla Salleh sebagai Pegawai Kewangan Negeri Pahang yang baharu.

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit #UMNO79