Menerima Menghadap Menteri Besar Pahang

KUANTAN, 7 April — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan bergambar kenangan selepas menerima menghadap Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (dua, kiri) di Istana Abdulaziz hari ini.
Turut berangkat Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.
Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Zulkifli Yaacob (dua, kanan), Penasihat Undang-Undang Negeri Pahang Datuk Seri Saiful Edris Zainuddin (kiri) dan Pegawai Kewangan Negeri Pahang, Datuk Nazri Abu Bakar (kanan).