๐๐๐ฌ๐ฒ๐ฎ๐๐ซ๐๐ญ ๐๐๐ฐ๐๐ญ๐๐ง๐ค๐ฎ๐๐ฌ๐ ๐๐ง๐๐ฎ๐ค ๐๐๐ ๐.๐๐ ๐๐ฒ๐๐ซ ๐๐ฎ๐ง๐ข๐ง๐

KAMPAR 7 Mac–Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersama seluruh kepimpinan BN negeri dan bahagian, komponen UMNO-MCA-MIC-FOBN, sayap-sayap parti, serta pimpinan tempatan telah mengadakan Mesyuarat Jawatankuasa Induk PRK N.48 Ayer Kuning di sini hari ini.
Selain membincangkan strategi menawan hati pengundi untuk memilih calon BN turut menggesa agar semua jentera di peringkat Cawangan, PDM, Bahagian dan Negeri Angkat untuk terus bergerak dengan penyelarasan tersusun dan disiplin tinggi. KPI setiap PDM mesti dipantau secara berterusan bagi menangkap imaginasi dan sokongan para pengundi.