Pelbagai Perkara Dibincang Untuk Manfaat Dua Hala – Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR, 5 April – Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkongsi perbincangan dengan  Setiausaha Negara Amerika Syarikat, TYT Marco Rubio yang menyentuh pelbagai perkara untuk manfaat bersama.

Menerusi Facebooknya, beliau menyatakan antara lain perkara yang disentuh menerusi perbualan melalui telefon adalah berkaitan hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

“Menerima panggilan telefon daripada, TYT Marco Rubio Setiausaha Negara Amerika Syarikat / United States Secretary Of State.

“Pelbagai perkara telah dibincangkan antaranya mengenai hubungan dua hala Malaysia-Amerika Syarikat di bawah Kerangka Kerjasama Komprehensif,” katanya.

Mohamad Hasan seterusnya menambah kerangka tarikh yang sesuai untuk Sidang Kemuncak ASEAN turut disentuh menerusi perbualan berkenaan.

“Selain itu perbincangan dan merangka tarikh yang sesuai untuk mengadakan Sidang Kemuncak Khas ASEAN-US bersempena Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN Tahun 2025,” tambahnya.- UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit