Menjelang Hari Raya Aidilfitri: Sambutan Meriah Jualan Kasih DUN Bukit Permai

JOHOR BAHRU, 30 Mac – Sambutan Jualan Kasih DUN Bukit Permai sempena Hari Raya Aidilfitri yang dilaksana semalam mencatatkan kejayaan yang luar biasa apabila lebih 3,000 penduduk setempat hadir untuk memeriahkan program tersebut.

Exco Kerajaan Negeri Johor merangkap ADUN Bukit Permai, Datuk Mohd Jafni Md Shukor berkata, program ini menjadi platform penting untuk membantu meringankan beban penduduk dengan menyediakan barangan keperluan harian pada harga yang berpatutan.

Ujarnya, seawal jam 6.30 pagi, orang ramai sudah mula berkumpul dengan penuh semangat untuk mendapatkan barangan yang ditawarkan dan suasana meriah atas semangat perpaduan jelas terasa dengan penduduk setempat saling bekerjasama menunjukkan memanfaatkan jualan murah tersebut.

Sebagai ADUN Bukit Permai, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada program-program seperti ini, terutamanya dalam suasana perayaan. Program ini bukan sekadar jualan murah, tetapi juga satu bentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat,” katanya dalam hantaran menerusi laman Facebooknya.

Katanya, dalam tempoh beberapa jam sahaja, kesemua 3,000 ekor ayam segar, 500 kg daging lembu, 1,000 beg beras 5 kg, 1,000 papan telur, dan 1,000 botol minyak masak 2 kg habis terjual.

“Program ini bukan sekadar jualan murah, tetapi satu bentuk bantuan untuk meringankan beban rakyat.

“Saya amat bersyukur dapat melihat senyuman di wajah mereka yang hadir. Sebagai ADUN Bukit Permai, menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan rakyat mendapat manfaat daripada inisiatif seperti ini, lebih-lebih lagi dalam suasana perayaan.”

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, dan Exco Pertanian, Datuk Zahari Sarip atas sokongan penuh dalam menjayakan program ini.

“Sokongan daripada kerajaan negeri sangat bermakna untuk rakyat. Saya juga ingin berterima kasih kepada semua petugas, sukarelawan, dan pihak terlibat yang telah bertungkus-lumus memastikan kelancaran program ini. Usaha anda semua amat dihargai dan pastinya meninggalkan kesan yang mendalam di hati rakyat.

“Insya-Allah, program seperti ini akan terus diperluaskan agar lebih ramai penduduk mendapat manfaat. Bukit Permai akan terus berkembang dengan pelbagai inisiatif kebajikan yang meringankan beban rakyat,” katanya lagi. – UMNO Online

Dapatkan segala pautan dan media sosial UMNO di www.linktr.ee/umno #UMNOBangkit